12 July 2010

AL-Fatehah..


Ustaz Hj Nahar mengalami sakit gestrik dan dibawa keluarganya ke hospital Likas selepas Isya' semalam dan ditahan semalaman. Sekitar jam 9 pagi tadi, Ustaz dibenar keluar dan disahkan sihat. Bila di rumah, setelah berihat sebentar, dia mengadu sakit dada dan sesak nafas. Ustaz pun dibawa keluarga dibawa ke SMC..ustaz disahkan meninggal dunia pada jam 10.50 pagi tadi..

Sepanjang mengenali Hj Nahar khasnya ketika beliau dilantik menjadi Imam Besar Masjid Negeri Sabah adalah suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Apa juga program ustaz, akan di bawa sama saya selaku pegawai media MNS masa itu..pernah seorang teman yang ustaz baru kenal, seorang pegawai perubatan yang baru ditempatkan bertugas di Hospital Queen Elizibeth, juga turut dibawa sama bagi menyertai program antaranya program Jejak Da'wah Pulau Banggi..begitulah bersunguhnya seorang yg diberi amanah dalam hal urusan da'wah...

Ustaz sentiasa memberi ruang dan bantuan kepada sesiapa juga dalam urusan program dakwah di Sabah selama 'berkuasa' di Masjid Negeri Sabah. Program pengimarahan Masjid Negeri Sabah di zamannya jelas menyerlah! Begitu ramai kenalan dan sahabat ustaz yang sempat berkerjasama dengan ustaz dalam banyak program , seminar, forum ,ceramah, kuliah dan pelbagai khidmat masyarakat lagi. Yang pastinya bumi Sabah telah kehilangan sebutir permata anak jati Sabah bagi menyemarakkan program da'wah yang sangat diperlukan oleh masyrakat Sabah. Kepada rakan taulan sahabat ustaz sekalian, ustaz berpesan teruskan usaha murni kalian. Hadapi setiap halangan, cemuhan, kejian dan pelbagai lagi sebagai dorongan kuat bagi menyebarluaskan kebenaran urusan Agama ini..

Sudah menjadi adat, setiap 'kehilangan' pasti meninggalkan kesan mendalam apatah lagi perginya seseorang spt ustaz Hj Nahar..insyaAllah, blog ini kekal akan memaparkan rakaman aktiviti ustaz sepanjang hayatnya...Kepada sahabat yg ada menyimpan bahan berkaitan boleh dikongsikan bersama melalui blog ini..



..putera Ust. Nahar bersama Ust Anuar







..sebahagian sahabat kenalan yang hadir untuk ziarah keluarga Ust Nahar selepas majlis pengkebumian pagi Selasa 13 Julai 2010








baca ulasan di blog:
abunuha 1
abunuha 2

08 March 2009

Kuliah Penawar Bagi Hati Siri 3 - 5 Mac 2009


Hari ini adalah kuliah Maghrib kali ke-3 Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati di Masjid Baru Inanam Laut

20 February 2009

Kuliah Hari Ini (25 Feb 2009)


Hari ini adalah kuliah Maghrib kali ke-2 Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati, di mana minggu lalu Tn Hj Nahar tidak dapat memberikan kuliah disebabkan berada di luar daerah.

12 February 2009

Kuliah hari ini..(11 Feb 2009)


<Harap maaf dengan kualiti audio>Hari ini adalah kuliah Maghrib kali ke-2 Pengajian Kitab Penawar Bagi Hati, Karangan Sheikh abdul khadir b Abdul Mutalib al Indonesi, terjemahan oleh Ustazah Mahani Bt Pak Be
B.A (hons) Dakwah dan kepimpinan UKM Bangi. Tajuk kuliah hari ini pada membicarakan perihal peranan 'perut' yang merupakan salah satu anggota pada batang tubuh manusia yang amat penting untuk dijaga secara zahir apatah lagi secara lahiriah...

04 February 2009

Isu sosial remaja


Gambar hiasan

Fokus Utama

Wartawan : Haslinda Lukman

Foto : Jamal Ibrahim

REMAJA MERDEKA : BERSIH DARI GEJALA SOSIAL


SINOPSIS


Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Ini adalah ciri-ciri remaja yang tidak merdeka. Siapakah yang bersalah?

Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.

Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di Malaysia sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai masalah sosial di kalangan mereka yang bergelar remaja.

Permasalahan sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan banyak pihak terutama sekali golongan ibu bapa dan golongan pendidik. Adakah keruntuhan akhlak remaja ini berlaku seiring dengan pembangunan negara dan kemajuan teknologi? Adakah akhlak remaja semakin jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi?

Info selanjutnya >>>

Halal Haram dalam Islam - Syeikh Yusuf AL-Qardhawi


1.1 Asal Tiap-Tiap Sesuatu Adalah Mubah (Harus)

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahwa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, yaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya karena ada sebagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah.

Ulama-ulama Islam mendasarkan ketetapannya, bahwa segala sesuatu asalnya mubah, seperti tersebut di atas, dengan dalil ayat-ayat al-Quran yang antara lain:

"Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya." (al-Baqarah: 29)

"(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripadaNya." (al-Jatsiyah: 13)

"Belum tahukah kamu, bahwa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Ia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmatNya yang nampak maupun yang tidak nampak." (Luqman: 20)

artikel penuh>>>